25/11/11 Jumaat
Aku tak sangka yang setiap patah patah kata yang kau kata mampu merekahkan tembok yang aku bina antara kau dan aku. Aku kagum. Aku tak sangka yang kau mampu buat aku tafsir balik ayat ayat yang kau kata pada aku. Tahniah sebab berjaya buat aku cuba mengingat nada nada kata kau dan rakam dalam memori aku. Tahniah julang - julang, kau memang pakar kan? Mungkin, tembok aku tak cukup kuat nak nafi balik kata kata kau. Aku berjanji yang aku akan bina sesuatu yang lebih kalis apa saja antara kau dan aku. Ya Allah, alihkan rasa ini dari hati ku ya Allah. Aku percaya setiap apa kejadian di atas muka bumi Mu ini ya Allah ada hikmahnya. SUSAHNYA NAK BERNAFAS BILA RASA MACAM NI. PENUHNYA HATI AKU DENGAN KAU. PEKATNYA KAU DALAM HATI AKU. MENYURUT LAH, AKU DAH TAK SANGGUP RASA BENDA NI.
#Tidurlah,berdoa agar rasa ini akan hilang esok hari, melarutlah dengan hitam malam ini Sang Rasa.
No comments:
Post a Comment